Facebook

Just graduated! Alhamdulillah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Semoga kita ikhlas dalam melakukan apa jua perkerjaan dan mendapat keberkatan dari Nya.. i love Allah

Sunday, May 20, 2012

Malam Lailatul Qadar...



Bismillahirahmanirrahimm.....


Assalamuailaikum w.b.t...hye..its me again...malam nie..rajen sikit nak buat 2 post..hehe....harap2 semua dalam keadaan sihat walafiat ....semoga segala ingatan dan perbuatan kita sentiasa berniatkan kerana Allah ..insyAllah....Bulan Ramadhan..bulan penuh keberkatan buat kita semua,bulan turunnya Al-Quran,dibukanya pintu syurga dan ditutup pintu neraka,bulan yang dilipatgandakan pahala bagi setiap amalan ibadah yang dilakukan dgn ikhlas dan kerana Allah....dan bulan yang terdapat padanya satu malam yang sangat istimewa...iaitu..Malam Lailatul Qadar....Malam yang lebih baik dari seribu malam,maksudnya beribadah pada malam itu lebih baek daripada beribadah pada 1000 malam....subhanAllah..istimewanya malam itu...dan kita disunatkan mencari malam itu....


Dalam Surah Al-Qadr 97 : ayat ke-3


ليل القدر خير من الف الشهر


bermaksud...Malam lailatul Qadar lebih baek dari seribu malam....


Sabda Nabi S.A.W...


"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."





Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."












No comments:

Post a Comment

thanks for comment!

Blogroll