Facebook

Just graduated! Alhamdulillah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Semoga kita ikhlas dalam melakukan apa jua perkerjaan dan mendapat keberkatan dari Nya.. i love Allah

Thursday, June 16, 2011

SALAH SATU MUKJIZAT AL-QURAN BERKAITAN KERUNTUHAN BANGUNAN WTC,Amerika Syarikat


Bangunan World Trade Centre (WTC) yang terletak di Jalan Jerf Har,New York Amerika Syarikat telah runtuh pada 11 September 2001 (11-9-2001).Peristiwa ngeri itu telah mengorbankan ribuan nyawa.Beribu-ribu lagi mengalami kecederaaan.Kerugian dianggarkan berbilion-bilion dolar.Seluruh dunia menjadi gempar sehingga memaksa puak-puak kuffar melancarkan perang terhadap umat Islam.

Kini kawasan bangunan WTC telah menjadi padang jarak padang terkukur (ground zero).Keruntuhan menara keagungan Yahudi laknatullah itu amat bertepatan sekali dengan Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran Al-Karim,yang bermaksud :

Maka apakah orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan-Nya itu lebih baek,ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh.lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahannam?Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang yang zalim.Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguaan dalam hati mereka,kecuali apabila hati mereka itu hancur.Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. ( Surah al-Taubah ayat 109-110 )

Demikianlah bagaimana ayat suci Al-Quran yang telah menceritakan terlebih dahulu kejadian ini,sebelum berlakunya.MasyaAllah...Maha suci Allah.

Seterusnya jom kita renungkan berkenaan ayat di atas :

# Ayat 109-110 Surah al-Taubah menceritakan tentang bangunan yang didirikan oleh orang yang zalim.Bangunan ini setinggi 109/110 tingkat.

#Ayat 109 Surah al-Taubah terdapat perkataan Jurufin Har (jurang yang runtuh ).Bangunan WTC terletak di Jalan Jerf Har,New York Amerika Syarikat.

#Surah al-Taubah berada di dalam juz ke 11 ,merupakan surah ke 9  dan mengandungi 2001 kalimat.Bangunan WTC telah ranap pada 11-9-2001.

SubhanAllah!!Maha suci Allah,Tuhan yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui.Jelas sekaligambaran yang telah Allah S.W.T berikan kepada orang yang beriman.Maha Suci ALLAH  yang telah menurunkan Al-Quran Nur Karim kepada junjungan besar ,Nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat seluruh alam .Sesungguhnya Al-Quran  adalah mukjizat yang teragung!! 


SO,sama-samalah kita berusaha membaca AL-Quran dan turut mengkaji dan memahami isi Al-Quran kerana Al-Quran mengandungi pelbagai jenis ilmu dan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman..InsyALLAH...
=)

No comments:

Post a Comment

thanks for comment!

Blogroll