Facebook

Just graduated! Alhamdulillah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Semoga kita ikhlas dalam melakukan apa jua perkerjaan dan mendapat keberkatan dari Nya.. i love Allah

Friday, December 12, 2014

Bagaimana meningkatkan minat membaca?

Bismillahirrahmanirrahim...hai semua..nite..

Diharapkan semua dalam keadaan sihat selalu ..alhmdullilah..


Malam ni, nak cerita pasal minat membaca. Macam mana nak pupuk minat dalam diri ni supaya minat membaca. Maknanya saya sendiri pon x minat membaca la ni kan. Sebenarnya minat tu ada cuma kurang, kalau ada pon bukannya kearah buku yang berfaedah sangat seperti buku motivasi ke buku ilmiah ke buku pelajaran lagi lah kan. Kebanyakkan buku yang paling ramai orang baca ialah buku "Muka Buku". Facebook la senang paham kan. Facebook ni buku tapi buku tentang diari manusia. 

"bestnya hari keluar tengok wayang! citer die best giler weh! bukan mcm citer melayu.. ngantok!"

"letak gambar makanan* hari ni saya masak ayam masak lemak dengan sayur goreng! jemput makan semua..pandai x saya masak? :P"

"boring nye kuliah arini..lebih baik aku tak datang kalo mcm ni"


ni antara status-status yang selalu la kita baca bila bukak facebook. Banyak lagi status2 lain. Bukan semuanya macam ni. Ada jugak yang post tentang ilmu agama, ilmu-ilmu duniawi yang mana memberi manfaat pada kita. Facebook jugak beri maklumat terkini untuk pengetahuan kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita which is sangat bermanfaat. Yes betul, facebook banyak kebaikan. Tapi ni bukanlah medium yang terbaik sebagai bahan bacaan. Yang paling terbaik adalah buku. Buku yang mempunya kertas, terdapat tulisan di atasnya dan terdapat kulit buku dibahagian depan dan belakang melainkan buku tu dah rosak lah hee.

Buku pula terbahagi kepada pelbagai jenis. Antaranya komik, majalah, encyclopedia, kamus dan pelbagai lagi. So pilihlah yang mana memberi manfaat kepada kita. Kita pasti bijak memilih buku yang berfaedah untuk santapan minda dan rohani kita supaya ianya tidak kosong semata-mata malah memberi kesan yang positif kepada diri kita.

Aku pernah dengar orang cakap , baca buku lebih best dari kita tengok cerita dalam tv tuh sebabnya buku bila dibaca kita boleh berimaginasi dengan bebas dan lebih kreatif tapi kalo tengok cerita , imaginasi kita terhad sebab hanya boleh berperasaan tanpa berimaginasi. Betol sangat tu, aku setuju dengan pendapat ni. Jadi dah nampak kan, antara kebaikan membaca buku ni.

Antaranya lagi, boleh meningkatkan pengetahuan, boleh meningkatkan imaginasi, buku tidak menampakan aurat seperti mana cerita, jadi boleh kurangkan dosa, tapi depend on buku lah. jangan baca buku yang negatif yer. konfom2 dapat dosa. membaca juga menambahkan sel2 otak kita supaya berkembang dan berhubung.

Banyaklah lagi kebaikannya. Oklah setakat tu saya coretan saya pada malam ni. Hope my interest on book also will be increase.








No comments:

Post a Comment

thanks for comment!

Blogroll