Facebook

Just graduated! Alhamdulillah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Semoga kita ikhlas dalam melakukan apa jua perkerjaan dan mendapat keberkatan dari Nya.. i love Allah

Tuesday, April 2, 2013

FORGETFULNESS OR LUPA

Assalamuailaikum w.b.t..

SELASA       4/MAC/2013       12.51 AM

Selamat malam semua
back to the title i m wrote about is LUPA..penah tak korang jadi pelupa?? member korang tanya kat korang something..and korang tahu..tapi  x ingat perkataan tu..pastu terpaksa lah ckp..cer tanya orang laen,..huh..sangat tak puas hati kan..=_='''' ,pastu korang g satu majlis,pastu jumpa la seseorang yang korang pernah jadi kawan korang satu masa dahulu ,time sekolah rendah,or sekolah menengah ke,or ipt sekali ker..then korang nak sembang pon jadi kekok sebab tak ingat nama diaorang..so,nak tanya balik kat orang tu konform korang segan kan takut lak die terasa..pastu korang pon wat2 la mcm ingat ..dengan x sebut nama dia langsung! mesti rasa x best kan nak sembang lama2 dengan kawan korang tu...dan macam2x situasi lagi la..korang nak sembang dengan kawan2x lepas tu lupa istilah2x yang nak digunakan...pown menyebabkan maksud dan cerita yang nak disampaikan tu ...terbantut..dan x mencapai kepuasan.pastu lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. 

soo...because of me lately being kind of forgetful person..then i search internet for the factor and the causes of forget..and how to solve this problem...hope will works out!!

Segala informasi ini telah diberikan oleh Ustaz Hanif Hj Ghazali yang menulis didalam buku karangannya “40 Amalan penerang hati dan penguat ingatan” tentang amalan yang patut dan tidak patut diamalkan oleh kita semua untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan kita.Semoga info yang diberikan oleh beliau ini dijadikan pedoman oleh kita semua untuk memperkuatkan ingatan

23 Faktor-faktor yang menyebabkan kita menjadi pelupa


1. Melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa
2. Selalu bersedih dan rungsing
3. Makan daun ketumbar
4. Makan buah dan makanan yang masam
5. Melihat kepada yang kena sula @ lambang salib
6. Membaca tulisan yang terdapat di kepok atau batu nisan kubur (Kecuali untuk mencari kubur orang tertentu)
7. Berjalan diantara unta-unta yang dirantai
8. Membuang serangga “Tuma” yang masih hidup ke tanah
9. Berbekam di lubang tengkok
10. Melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain (tanpa sebab)
11. Makan makanan dari sisa semut dan tikus
12. Makan kepala ikan
13. Makan makanan yang sudah basi
14. Onani (Melancap)
15. Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,hati,jantung,paru,perut dan sebagainya
16. Membiasakan diri makan berlebihan
17. Meminum air antara suapan makanan
18. Melihat najis ketika membuang air besar
19. Suka memakan makanan ringan
20. menghisap rokok,mengambil dadah dan meminum arak
21. banyak ketawa
22. banyak makan bawang merah
23. Makan makanan yang haram

disini aku tambah lagi maklumat2 yang aku cari kat internet punca kepada lupa...

1.depresi
2.stress
3.kurang tidur
4.diet yang berlebihan
5.elakkan tidur petang


CARA MENGATASI PENYAKIT LUPA..

1.Amalkan Tidur Yang Cukup 

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. 


2.Mengawal Tekanan 

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya. 

3.Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan 

Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan. 

4.Bersenam 

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. 

5.Elakkan Kemurungan

 Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

 
6.Awasi Pengambilan Ubat 

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor. 


7.Belajar Sesuatu yang Baru 

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi. 
Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

 
8.Banyak Membaca 

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan. 

9.Katakan Berulang Kali 

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

 
10.Fokus 

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. 

11.Bermain Dengan Angka 

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan. 

12.Membaca Al-Quran 

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.





No comments:

Post a Comment

thanks for comment!

Blogroll