Facebook

Just graduated! Alhamdulillah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Semoga kita ikhlas dalam melakukan apa jua perkerjaan dan mendapat keberkatan dari Nya.. i love Allah

Sunday, October 7, 2012

Mengulang Al-Quran


Cara Mengulang Quran Oleh Syeikh Abu Bakar Syatiri



Syeikh Abu Bakar al-Syatiri (الشيخ أبو بكر الشاطري) memberitahu cara mengulang al-Quran, “Aku membahagikan kepada 3 bahagian:

Pertama: Ayat-ayat yang aku ingat, lancar, aku membacanya tanpa melihat mashaf kecuali pada ayat aku kurang pasti betul atau tidak.

Kedua: Ayat-ayat yang aku ingat-ingat lupa, jadi aku membacanya dengan melihat mashaf sentiasa sampailah betul-betul lancar.

Ketiga: Ayat-ayat yang aku lupa terus maka terpaksalah aku hafal balik.

“Aku mewajibkan diriku mengulang al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk atau lebih dan tidak kurang. Dalam satu hari aku kena duduk mengadap al-Quran mengulang-ulang ayat yang aku ingat-ingat lupa tadi sampai lancar betul. Selepas itu barulah aku mengulang ayat yang aku paling lancar pula. Kemudian barulah aku hafaz kembali ayat yang telah aku lupai. Begitulah amalan seharianku sehingga Allah memuliakanku dengan mentasbitkan al-Quran ke dalam hatiku dalam masa 4 bulan sahaja.

“Dan yang paling penting apabila al-Quran tersemat di dalam dada kita yakni orang Islam ia menjadi satu asbab kita menghampirkan diri pada Allah dan menjauhi segala larangannya. Dan al-Quran itu cahaya sedangkan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam ahli maksiat.”

No comments:

Post a Comment

thanks for comment!

Blogroll