Facebook

Just graduated! Alhamdulillah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Semoga kita ikhlas dalam melakukan apa jua perkerjaan dan mendapat keberkatan dari Nya.. i love Allah

Tuesday, August 7, 2012

19 Ramadhan sudah..

Assalamuailaikum w.b.t..

pe kabar semua ...harap2 sihat walafiat...me pon sihat..alhmdulillah..tambah2 bulan pose nih..kena la bertambah sihat kan...and bertambah fit body masing2...hehe...insyAllah...

so, back to our topic, cepat nye masa berjalan kan..pi mai pi mai dan pon nak masuk 19 Ramadhan,..

cmner ngan ibadah semua?? ok?? sy? ok2x jee...huhuhuh...

ari ni saya nak post fadhilat Ramadhan ataupon means kelebihan Ramadhan...untuk bagi myself and semua readers lebih bersemangat and enjoy the Ramadhan benefitly...

saya membaca dalam kitab Asli Fadhilat Ramadhan, yang ditulis oleh Raisul Muhadditsin Allama,Mohammad Zakariyya,Syeikhul Hadits,dan Damat Barkatahum , yang dikeluarkan oleh H.M YAQOOB ANSARI JALAN KEK CHUAN Pulau Pinang Malaysia..

antara Fadhilat-fadhilata Ramadhan ialah..


1.Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa,sebagai pembuka puasanya , kepadanya adalah keampuanan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api Jahannam (Neraka) , dan untuknya adalah ganjaran yang sama ( dengan orang yang diberinya makan ) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun.

( diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya )

2.Pahala amalan sunat diganjarkan pahala seperti amalan fardu

3.Kurniaan khas terhadap mereka yang berpuasa ialah bahawa ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka ini.Maksud disini ialah bahawa banyak daripada makhluk-makhluk sentiasa berdoa bagi pihaknya.Seperti firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran : Sesungguhnya sesiapa yang percaya dan melakukan amalan soleh,Allah akan menjadikan mereka ini dicintai ( di dalam dunia ini)

4.Dianugerahkan kepada mereka yang berpuasa ialah Jannah ( Syurga)  dihiaskan untuk mereka.

5.Kurniaan seterusnya ialah bahawa syaitan-syaitan yang jahat dan durjana dirantaikan ( ditahan), akibat daripadanya maksiat- maksiat akan berkurangan

6.Kurniaan seterusnya ialah bahawa keampuana diberikan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar.Al-Quran Karim menerangkan ianya mempunyai rahmat yang besar dan kelebihan kerohanian lebih daripada seribu malam.yang bermakna ianya lebih besar daripada 83 tahun 4 bulan..( banyakkan..huhuh).

7.Ubadah bin Saamit r.a meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. suatu hari bersabda  bila mana bulan Ramadhan akan menjelang : "Bulan Ramadhan , bulan rahmat telah datang kepada kamu. Di mana Allah S.W.T  berpaling kepadamu dan menurunkan ke atas mu rahmat yang istimewa, mengampunkan atas kesalahan-kesalahan,memperkenankan akan doa-doa , melihat di atas perlumbaan-perlumbaanmu bagi mendapatkan kebaikan dan berbangga-bangga kepada malaikat mengenaimu.Maka tunjukkanlah akan kebaikan daripada kamu.Kerana sesungguhnya orang yang paling dikasihani  dan paling malang ialah mereka yang terluput daripada rahmat Allah  di bulan ini.

that all my share today..hope with all this fadhilat will make us more energetic and spiritful in our ibadah...

pss : btw kitab nieh kitab indonesia,jadik bahasanya adalah bahasa indonesia..saya nak edit takot lari makna..tapi all the word are easy to understand ..insyAllah... =)


yang benar...
budak comel...:P <3

No comments:

Post a Comment

thanks for comment!

Blogroll